Sunday, March 15, 2009

SALAM TA'ARUF




Setelah meninggalkan dunia penulisan buat sekian lamanya... kini saya teruja untuk menulis semula, tambahan pula ramai rakan-rakan telah mempunyai blog tersendiri malah terdapat yang cangih-cangih serta menarik....... tambahan pula dunia internet.... siber yang serba canggih dan maju berbanding semasa saya tinggalkan dunia penulisan lebih 15 tahun dulu...

Amat menarik sekali bila melihat ramai rakyat malaysia telah semakin celik internet.... makluman dan maklumat tidak hanya dari media cetak sahaja, kini internet menjadi medan utama. Maka tiada siapa yang dapat menyembunyikan fakta atau tiada lagi berita yang dapat disembunyikan dengan lain perkataan kebenaran tidak dapat disembunyikan, begitu juga fitnah, tohmahan begitu senang tersebar umpama virus versi terkini.

POSITIF !!!!
sentiasalah berfikiran positif, kuatkan iman gunakan akal yang waras dalam menimbang setiap perkara, makluman yang dipaparkan di dalam ruang siber ini.....

No comments:

Post a Comment